Skip to content
Laman Utama ยป Ya Rab, Selamatkan Bumi Palestin!

Ya Rab, Selamatkan Bumi Palestin!

Oleh: Nur Hazieta Husin

Dom… dom…

Itu bukan tanda bunyi meriam buluh atau paling tidak bunyi mercun bola tanda sambutan hari raya tapi itu bunyi pengombonan di bumi palestine. Di saat kita di Malaysia bercecok mulut dengan pihak polis untuk pulang kampung, kita lupa yang saudara kita di sana berkorban nyawa dan tenaga untuk mempertahankan bumi mereka. Beribu nyawa yang tidak berdosa terkorban hanya kerana kekejaman renjim zionis. Anak-anak kecil yang comel meninggal dunia sebelum sempat mereka merasai manisnya hidup seperti kita. Bangunan-bangunan roboh tidak tersisa sedangkan mulut kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada.

Habis tu takkan kita nak tengok saja? Nak pergi berperang dekat sana memang kita takkan mampu. Tapi ada macam cara kita boleh lakukan untuk bantu saudara kita di sana. Meh Cik Zieta bagitahu dekat pembaca-pembaca yang disayangi semua apa yang kita boleh buat untuk mereka.

Benda ni nampak simple tapi Cik Zieta tahu yang tak semua orang lakukan. Apa kata kalau kita semua pakat tadah tangan mendoakan keselamatan mereka di sana. Mendoakan mereka di berikan kekuatan untuk terus berjuang mempertahankan bumi Plastine. Berdoa untuk kekalahan pihak Israel.Kalau rasa berat sangat nak angkat tangan maklumlah pakai emas sampai ke siku. Apa kata kalau panjatkan doa dalam hati, dalam sujud kita tiap-tiap malam. Tak susah pun yang susah bila kita malas. Malas nak berdoa meminta dengan Allah s.w.t tapi kalau dalam Fecebook tu bukan main lagi. Tak kisahlah dekat mana pun asalkan kita berdoa kerana doa itu kan senjata mukmin. So jangan lupa lepas setiap kali solat panjatkan doa anda buat mereka. Ingat doa pembaca-pembaca kekuatan buat mereka.

Tak perlu tunggu kaya baru nak menderma. Cukup berikan semampu kita. Tapi ingat dermalah dengan pihak yang betul sebab sekarang ni dah banyak sangat pihak yang mengambil kesempatan dengan apa yang terjadi. Berpura-pura meminta derma untuk saudara kita di sana sedangkan mereka hanya menipu di atas kebaikan orang lain. Ingat saudara kita di sana menantikan bantuan daripada kita, mungkin mereka tidak memerlukan wang tapi mereka perlukan makanan dan kelengkapan jadi berikan sumbangan anda seikhlasnya buat mereka. Kita tak boleh melawan zionis di sana tapi kita boleh memberikan bantuan dengan cara yang berbeza tetapi sangat bermakna buat mereka.

Mungkin susah tapi harus dilakukan. Kalau kita tak suka dengan orang mesti kita menjauhi mereka. Macam tu juga dengan kebencian kita terhadap Israel. Harus menjauh dan lebih tepat lagi kita terus boikot mereka. Boikot mana-mana pihak yang memberikan bantuan untuk kekejaman mereka. Macam mana nak boikot, iya jangan beli barangan mereka. Jangan naikkan ekonomi mereka. Kalau semua negera boikot mesti mereka tidak dapat bantuan lagi kan? Macam kitalah kalau tak dapat bantuan mesti lemah kan? Inilah waktunya untuk kita melemahkan mereka. Tapi kalau boleh jangan hangat-hangat tahi ayam je. Time benda ni panas bukan main kita boikot tapi bila dah senyap kita sanggup beratur panjang untuk beli. Nak boikot, boikot terus. Susah memang susah tapi kalau niat kita betul insyallah boleh.

Buat mana spesis golongan bawang dekat luar sana inilah peluang anda menggunakan kekuatan anda. Jom ramai-ramai kongsikan protes dan kebencian anda terhadap Israel di akaun Facebook dan Instagram anda. Internet adalah hal yang tanpa batasan. Mungkin dengan ada banyak share dan repost hal-hal ini sampai ke pihak Israel. Sekurang-kurangnya ini mampu melumpuhkan mereka. Mereka juga manusia walaupun tanpa perasaan tapi kalau asyik di benci dan tidak mendapat sokongan dari mana-mana negara siapa tahu mereka akan mengalah. Inilah time yang tepat buat anda. Jangan hanya tahu mengata pasal artis saja. Adakalanya keghairahan terhadap media sosial boleh membantu menyelamatkan saudara islam kita di sana.

Memang tak mudah untuk kita membantu saudara kita di sana tapi jangan menyerah kerana mereka di sana tidak pernah menyerah untuk memperjuangkan islam. Ayuh bangkit, ayuh berikan sokongan anda buat mereka. Banyak cara kita boleh lakukan buat mereka kerana setiap itu percaturan dari Allah. Sampai jumpa lagi di lain artikel. Penulis sayang pembaca semua. Ingat Islam itu agama kita, jangan biarkan Islam ditindas.

#prayforPalestine #WeStandWithPalestine

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *