Masalah B40, Kerajaan Peka Atau Tak???

Oleh: Naqibah Azman

Macam dia tapi bukan dia. Sebab banyak YB-YB yang ambil gambar background kotak laptop contoh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang Parlimen dia berjaya dapatkan walaupun Parlimen Malaysia tak buka-buka, aku pun nak juga.

Tapi ini kotak bantuan makananlah sebab tahun lepas dah fundraise laptop 3 biji untuk anak yatim yang dah sambung belajar tapi masih pinjam laptop member untuk buat assignments. (Serious struggle)

Makin nak raya, jadual makin penuh tak boleh bawa bincang. Rabu rewang masak Bubur Lambuk Mahasiswa Pagoh bersama rakan mahasiswa dari kampus Parit Raja. Khamis sampai Jumaat agihan pek makanan pada golongan B40 berbaki 40 pek. Ahad agihan baju terpakai kepada asnaf. Isnin sampai raya dah struggle untuk tempahan kek pisang pulak.

Penat memang penat tapi sebab aku dan team percaya hal ini penting untuk kita menganalisis masyarakat secara bersasar, kita gagahkan juga.

Selagi aku masih buat kerja-kerja ini, maknanya masih sangat ramai mereka yang memerlukan bantuan. Jurang ekonomi masih belum dapat dirapatkan dan makin jauh malahan.

Alhamdulilah, tahun ini tak sempat buka tabung bantuan, sumbangan dah reach limit. Tahun ini jumlah agihan bantuan di kawasan Batu Pahat akan mencapai lebih dari 40 isi rumah.

Terima kasih orang Batu Pahat yang menyumbang kembali kepada masyarakat dan terima kasih kerana percaya dengan Street Food Johor yang telah masuk tahun ke 5. Bantuan ini akan di agihkan minggu ini ya hari khamis… bukan lagi 2 minggu.

Jujur, bantuan pek makanan bukanlah segalanya. Untuk rakyat marhaen yang dah sedia B40 apabila pendemik kehilangan pekerjaan, rumah sewa nak bayar, bil elektrik nak bayar, minyak motor nak isi dan mempunyai anak masih kecil memang boleh jadi mati akal. Sekatan yang diadakan oleh kerajaan memang relavan bagi menyekat virus maut Covid 19 tetapi kerajaan harus datangkan solusi bagi membantu ekonomi rakyat yang terjejas.

Tolong jadi kerajaan yang sensitif rakyat. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan seolah-oleh kerajaan pusat sengaja mencurah minyak petrol ke api lighter. Benda dari kecil boleh tiba tiba jadi besar sebab statement tak sensitif dan perlaksanaan sekatan yang double standards.

Selalu aku dengar, takkan semua nak harap YB? Usaha la sendiri. Mari aku beritahu sebelum ini mereka independent tapi mereka ini terjejas dan ada yang buntu. Jadi kalau YB tak boleh fikirkan masalah rakyat, tak perlu jadi Yang Berhormat, sila jadi Yang Berhenti please.

Kalau YB kurang kreatif, bincang dengan local champion kawasan tersebut mereka mesti ada idea yang kreatif dan boleh dibawa ke tengah. Ya YB Parlimen Batu Pahat memang totally mesra rakyat dan progresif tapi banyak lagi perkara yang perlu dibangunkan di kampung-kampung dan juga pinggir bandar.

Sebelum ini memang tak ramai yang tahu apa impak dari agihan pek makanan (adakah bersifat one-off?) dan bagaimana kami melakukan analisa berkelompok. Saya akan kongsikan satu case study jumaat ini.

Stay tuned.

 

#BukaPuasa
#BukaParlimen
#6Tuntutan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *