SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

Untuk makluman umum, Zine Dari Johor(ZDJ), terbitan Kolektif Naratif telah menyambut ulang tahun pertama penerbitannya pada September 2021 yang lepas, bagi meraikan sambutan pihak Kolektif Naratif telah menawarkan set kombo memorabilia t-shirt ZDJ kolabrasi bersama Paang! + Buku ZDJ 2021 edisi ke-6, untuk pembacanya.

RINGKASAN MENGENAI ZINE DARI JOHOR (ZDJ)

Ia merupakan suatu himpunan penulisan, perkongsian diantara rakan-rakan penulis dari seangkatan gerakan kolektif, rangkaian kerjasama antara gerakan kolektif serta rakan-rakan penulis bebas yang sudi menyumbangkan perkongsian penulisan, dimana olahan material bahan perkongsian (penulisan) diambil dari seputar isu semasa (setempat), naratif sejarah, budaya lokal, gerakan kolektif aktivitisme, pengenalan ideologi (kultus-kultus pemikiran) dan argumentasi & pendapat, bagi mewarnai bentuk-bentuk kerangka perkongsian penulisan di dalam Zine dari Johor (ZDJ).

Seperti yang dinyatakan oleh Saudara Redo, Editorial Zine Dari Johor (ZDJ) dari Kolektif Naratif, pemfaktoran parameter seperti

1. Anarkisme

2. Dokumentasi dan

3. Aktivitisme &. Kolektivisme adalah konseptual idea dan teori formulasi yang membentuk kerangka penulisan dalam aspek penerbitan Zine dari Johor (ZDJ), dengan nilai terbitan akhir adalah ber-objektifkan, menyampaikan pihun-pihun idea positif dari anarkisme.

“KEBEBASAN” & “KETERBUKAAN” DALAM ZINE DARI JOHOR (ZDJ)

Sebagai rakan dalam kerjasama kolektif, awalan pendapat penulis, elemen atau karaktoristik nilai “Kebebasan” & “Keterbukaan” dalam membentangkan isu, pendapat dan argumentasi didalam Zine Dari Johor (ZDJ) haruslah diraikan dan dijadikan asas kepada suatu sesi wacana keilmuan, bagi mengenal pasti objek spekulatif (pendapat & argumentasi).

Melihat anarkisme dalam konseptual metafora “syiling dua muka” (atau tiada kebenaran yang mendua), nilai hipotesis metafora, onto-epistemologikal “Anarki” membawa kepada Nilai Kesejagatan atau universal entiti kemanusiaan itu sendiri sebagai unit berfikir, “kebebasan” & “keterbukaan” di dalam kolektif unit-unit berfikir (collective consciousness), tanpa perlu ada hak eksklusif pada mana-mana kelompok (institusi/organisasi) atau individu (pemegang taruh) dalam menentukan kebenaran (dalam ronda berfikir) atau sosiologi (kelas/piramid kekuasaan) dalam kemajmukan kemanusiaan,

Maka dapatan penulis, akhir hipotesis penulis, Zine dari Johor (ZDJ) adalah suatu bentuk alat terap minda atau “Mind’s Fuck” yang mendorong (aspirasi/cetusan fikir) kepada daya berfikir, terhadap apa jua bentuk spekulatif perkara terhadap isu sekelilingnya. “Nilai spekulatif” ini adalah nilai positiviti kemanusiaan itu sendiri sebagai Unit Berfikir dan bukanlah nilai manusia-kebinatangan yang menurut pengembalanya.

Apa yang berlaku hari ini, dalam kekautan dan ketidakseimbangan sistem kenegaraan (pemeritahan) dan sistem kepercayaan (anutan), adalah responsif kepada sifat dinamika unit berfikir dalam kontinum ruang dan masa, perubahan yang paling penting yang perlu diadaptasi oleh kemasyarakatan hari ini adalah meningkatkan daya kebolehan berfikir (nilai penakulan logika aras tinggi), iaitu bermula dengan “memerdekakan” pemikirannya dan meraikan wacana keilmuan yang baru (propagation of knowledge).

MOGA MAJU JAYA UNTUK KOLEKTIF NARATIF DAN ZINE DARI JOHOR (ZDJ)

Bagi Pihak Kolektif Karyasama, kami mengucapkan Selamat Maju Jaya Kepada Kolektif Naratif Dan Zine Dari Johor (ZDJ) sempena Ulang Tahun Pertama dan terima kasih di atas kerjasama rangkaian kolektif Karyasama dan Kolektif Naratif, di dalam membudayakan dan meraikan bidang penulisan (lokal) secara khusus dan solidariti sokongan aktivitisme diantara kolektif-kolektif yang lain secara am-nya.

Syabas dan Terus Maju Jaya dimasa hadapan.
Dari Kami Seluruh Warga Komrad Kolektif Karyasama

Unit Komunikasi & Pelan Strategik
Kolektif Karyasama
Johor Bahru

23 Disember 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *