WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

Menyelusuri keringat, naluri dan perjuangan Mohd Faizal bin Riduan @wak kang sebagai artis seni laku di Malaysia.

Mohd Faizal Riduan atau Wak Kang adalah sosok yang tidak asing lagi bagi penggiat seni laku di Malaysia dan khususnya di negeri Johor. Beliau juga bergiat aktif dalam gerakan kolektivisme, melalui kepelbagaian displin kendiri, seperti bekebun, bertukang, bermuzik, aktiviti sukarelawan dan pendidikan. Berperwatakan lembut, ramah, santun dan bersikap terbuka menjadikan beliau mudah didekati dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau.

MENGAPA DAN ADA APA DENGAN SENI LAKU?

Wak Kang adalah artis berorientasikan pendidikan seni secara “self taught” atau pendidikan tidak formal, iaitu melalui pengalaman perjalanan beliau, semasa menceburi bidang seni laku belajar melalui mentor-mentor beliau, pembacaan beliau serta pengalaman semasa persembahannya. Penglibatan beliau dalam persembahan seni laku bermula dengan secara kebetulan, tanpa minat yang mendalami.

Seiring dengan perjalanan waktu, beliau menyedari mengapa beliau menceburi bidang seni laku. Wak Kang juga melalui zaman era post-kedewasaan dalam pembinaan karatoristik (keperibadian) dan (dinamika) psikologikal seperti remaja-remaja dibandar utama. Maka bagi beliau secara individualistik, “Seni Laku” adalah “alat responsif” beliau terhadap persekitaran dan hubungan sosiologi setempat (merespon ruang) sebagai medium memanifestasikan pendapat dan argumentasi beliau terhadap sesuatu perkara. Bagi beliau “Seni Laku” bukan sahaja menitik berat nilai kualitatif seni, namun ia juga adalah nilai terbitan “ekspresi” hubungan kemanusiaan, dalam merespon sekelilingnya.

PENGARUH PEMBENTUKAN DAN PEMBINAAN “KARATORISTIK” DALAM DISPLIN SENI LAKU.

Walaupun prinsipal “performance art” dan “performing art” dalam seni laku tidak banyak menunjukan perbedaan dalam asimilasi gerakan, namun Wak Kang lebih selesa untuk berada dibawah ruang seni “performing art”, dimana “performing art” lebih tertumpu kepada konseptual idea dan formulasi di dalam memanifestasi gagasan berfikir seperti pendapat, argumentasi dan kritikan. Maka artis “performing art” seperti Marina Abramovic dan Melati Suryodarmo adalah dua sosok artis seni laku yang menjadi idola beliau dan rujukan beliau semasa melakukan “responsif” dan “regenaratif” terhadap subjek konsep plot cerita persembahan beliau.

SENI BUKAN HANYA ALAT HIBURAN, TAPI ALAT TERAP PERHUBUNGAN DALAM KEMASYARAKATAN

Wak Kang juga menegaskan keadaan industri seni laku di Malaysia, “Seni Laku” di Malaysia adalah satu lapangan seni yang terpencil dan ia hanya ekskusif kepada sesetengah golongan dan hanya dipersembahkan di studio dan teater tertentu, keadaan ini amat berbeda, melalui pengalaman beliau semasa membuat persembahan jelajah eropah, seni laku di sana adalah hak milik rakyat dan “seni laku” performing art adalah suatu medium responsif masyarakat banyak terhadap sistem kehidupanya, baik dari segi sosio politik, ekonomi dan budaya, “Seni Laku” diraikan sebagai suatu hak ekspresi “kebebasan bersuara” atau menyatakan pendapat.

Maka beliau berpendapat, tidak seperti saluran ke-partian ideologikal yang tertutup dan eksklusif pada anggotanya, seni adalah hak milik umum dan tiada siapa boleh dibataskan atau dikultuskan dalam ronda falsafah seni yang terbuka dan bersifat hak setiap entiti kemanusiaan.

PENGLIBATAN DIDALAM PROGRAM BAKAT MUDA SEZAMAN 2021, ANJURAN BALAI SENI NEGARA.

Bertepatan dengan tema pertandingan “Seni Di-Lokasi”, Mohd Faizal Riduan atau Wak Kang, memperlihatkan pertandingan ini adalah sebagai satu wadah, titik permulaan perjuangannya untuk “Merakyatkan Seni kepada Umum” dan “Seni sebagai Alat Kebebasan dalam berekspresi pendapat”, beliau berharap seni tidak lagi dilihat sebagai medium hiburan semata-mata kepada masyarakat umum, namun ia sebagai wadah dalam apa jua hubungan, antara kontrak sosial, kontrak manusia dengan Alam Buminya dan kemanusiaan dengan spiritualnya. Penyertaan beliau dalam pertandingan ini juga, sebagai tanda sokongan dan terima kasih beliau terhadap anjakan paradigma baru, Balai Seni Negara, didalam meraikan tema seni dilokasi.

Bagi mereka yang ingin membantu dan menyokong perjuangan beliau,boleh menyertai undian penjurian pertandingan pada pautan alamat dibawah; sebagai tanda sokongan anda didalam memperjuangkan “Merakyatkan Seni”.

HARAPAN DAN PERJUANGAN DALAM SENI LAKU.

Jika dilihat dari segi produk komoditi industri seni tanah air, Wak Kang memperakui bahawa seni laku boleh dianggap suatu lapangan seni yang sunyi, di-ibaratkan seperti “anak tiri” yang dipinggirkan berbanding dengan displin-displin seni yang lain. Berbagai pengalaman pahit dan kerenah birokrasi yang beliau harus lalui semasa bergelar artis seni laku, namun bagi beliau ia bukanlah persoalan “pendapatan” atau wang ringgit semata-mata.

Penglibatan beliau dalam bidang seni laku ini memiliki visi dan misi matlamat yang berbeza, beliau berharap satu hari nanti, seni laku akan diterima masyarakat umum atau “dirakyatkan” dan falsafah meng-ekspresi gagasan fikir dan kebebasan menyatakan pendapat dapat dihidupkan supaya masyarakat kita suatu hari nanti memiliki nilai “kemerdekaan” kemasyarakatan yang tulen.

→ Pihak media karyasama menyatakan terima kasih dan penghargaan kepada saudara Mohd Faizal Riduan diatas perkongsian dan pendapat, kami mengucapkan selamat maju jaya dan terus berjuang (berkarya) didalam masa-masa akan datang.

Sekian, Terima Kasih

Artikel Laporan disediakan oleh
Media Karyasama
Johor Bahru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *