Pengenalan Kepada Teori Spektrum Politik

“ADA APA DENGAN PRN JOHOR 2022: Melihat perspektif spektrum parti politik berhaluan kiri sebagai suatu anjakan paradigma “Kematangan Pilihan Berpolitik” serta sebagai alternatif penyelesaian masalah “kontrak Kemasyarakatan” atau sosial rakyat Malaysia secara umum, selepas hampir 65 tahun mencapai kemerdekaan atau menjadi sebuah negara bangsa.”

Tayangan & Dialog Anak Bakau Terakhir

Johor Bahru 26hb Februari 2022, Pihak penganjur Panggung Punggok, dengan jayanya telah menjalankan program Tayangan Filem Animasi Pendek “Anak Bakau Terakhir”, dan Sesi Dialog bersama Saudara Rayhan Ahmad(BAROKA Blessed) dan Saudara Eddie Salim (Orang Asli Kaum Seleter) di Embrace Hall Cafe. Program ini adalah salah satu program pembukaan oleh organisasi Panggung Punggok setelah berehat panjang akibat kawalan pergerakan semasa pandemik Covid 19 yang lalu.

ORKES KERONCONG BANDAR PENGGARAM

Di Batu Pahat juga ada sebuah kumpulan muzik keroncong, Orkes Keroncong Bandar Penggaram yang terdiri daripada artis berbakat dan berpengalaman. Mereka sering bermain di jemputan-jemputan awam, majlis perkahwinan, majlis-majlis besar dengan versi mereka tersendiri. Orkes Keroncong Bandar Penggaram juga menyertai Persatuan Aktivis & Muzik Batu Pahat bergerak secara komuniti. Pada tempoh kita di kuarantin akibat covid, mereka juga ada buat siaran langsung dan aktif di sosial media.