SENI BATIK

Seperti yang kita faham, orang luar tidak mahu tengok apa kemajuan bandar dari segi pembangunan, mereka mahu melihat apa yang dihasilkan oleh orang-orang tempatan dan ini lebih bernilai daripada tingginya bangunan dan padatnya lapangan. Perkara seperti itu di tempat mereka juga ada dan tak membawa makna sentimen budaya selain kemajuan elitis.

Tetapi hasil-hasil kerja seni budaya dan bangsa seperti seni batik adalah menjadi keutamaan tujuan mereka keluar mengembara dan melihat dunia luar.

Menjejak Sejarah Kulai

Kota Kaca terletak di bahagian Utara Kulai, berdekatan dengan Layang-layang. Untuk sampai ke Kota Kaca, ikut jalan yang menuju ke Kota Tinggi dari arah Kulai, Kemudian belok kiri masuk ke Taman Anjaria. Selepas melalui kilang kelapa sawit, masuk ke dalam ladang kelapa sawit, iaitu kawasan lingkungan Kota Kaca. Mengikut Encik Tang Kok Sang, Kota Kaca mencakupi Keluasan 2000 ekar. Pada tahun 1960-an, jabatan pembangunan memajukan kawasan di sekitar Kota Kaca serta meneroka satu kawasan penempatan yang dinamakan Taman Bahagia.