Berkaitan The Light Project, Art In The City, sebanyak lima buah negeri yang terlibat, antaranya di Ipoh Perak – “STAR/KL” yang telah dilancarkan pada 26 Nov 2021, Seberang Perai Peneng, Kuching Sarawak, Melaka dan Batu Pahat Johor. Untuk makluman semua, Alir Cahaya akan dirasmikan pada 31 Dis 2021, Jumaat, malam tahun baru 2022.
Category: Batu Pahat
SENI TERAPI
Bantuan rawatan tanpa ubatan, khususnya mental atau spiritual, juga sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, mambangunkan kemahiran dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan dan menguruskan jati diri.
Dengan kaedah terapi ini, membantu individu fokus atau memberi tumpuan pada kerja seninya. Proses ini dengan perlahan-lahan akan membantu individu mengawal kecelaruan dalam diri. Dalam proses ini, akan dapat melihat sikap individu itu dan membantu doktor atau perawat menilai kecenderungan setiap individu.
SENI DEKORASI
Secara ringkasnya, masyarakat memahami seni dekorasi adalah sebuah seni yang mengikut citarasa dan kesesuaian suatu sudut, ruang atau seumpamanya untuk menghasilkan susunan, corak dan konsep yang mereka bayangkan. Arkitektur adalah bagaimana mahu mendirikan sebuah bangunan dengan pattern dan coraknya dan dekorasi adalah bagaimana mahu menghiasi ruangan bangunan yang ada.
SENI BATIK
Seperti yang kita faham, orang luar tidak mahu tengok apa kemajuan bandar dari segi pembangunan, mereka mahu melihat apa yang dihasilkan oleh orang-orang tempatan dan ini lebih bernilai daripada tingginya bangunan dan padatnya lapangan. Perkara seperti itu di tempat mereka juga ada dan tak membawa makna sentimen budaya selain kemajuan elitis.
Tetapi hasil-hasil kerja seni budaya dan bangsa seperti seni batik adalah menjadi keutamaan tujuan mereka keluar mengembara dan melihat dunia luar.
Apa Itu Seni Macrame?
Oleh: Redo Seni macrame jarang kedengaran di lapangan seni secara sebutan namanya, tetapi jika melihat kepada hasil kerja seninya pasti…
Permaculture: Satu Kaedah Menolak Monopoli Kapitalisme
Oleh: Redo Pengenalan Permaculture adalah sebuah konsep yang mengambil tanggungjawab dalam memelihara kesejahteraan kehidupan sekaligus memelihara alam semulajadi. Jika diperhatikan…
Luka Globalisasi & Fungsi Tanaman Hiasan
Oleh: Redo Semenjak kini, kaedah hiasan dalaman rumah menggunakan tanaman telah menjadi bualan dan menjadi sebuah trend yang agak hangat….
Seni Terapi
Oleh: Fadzlee Ahmad Terapi Seni “Art Therapy” adalah suatu displin kaedah“rehabilitasi & pemulihan” yang dibangunkan oleh kumpulan kolektif konstruktif, terdiri…
Alir Cahaya: Semangat & Harapan
Oleh: Aisyah Bhr (Kumpulan Kuratorial Alir Cahaya) Alir Cahaya, adalah sebuah projek seni instalasi awam yang membawa elemen ‘cahaya’ sebagai…
Singapura – Parit Raja, Pulang Berbudi Pada Kampung
Tidak disangkal bahawa pandemik ini sangat menggugat struktur masyarakat dan pergerakan sektor industri. Ekonomi masyarakat biasa berada dalam keadaan yang…