Skip to content

BERIMAN DENGAN HIJAU

Buat saya eko-teologi tidak hanya membuka perbahasan  akademik tetapi juga menambah khazanah strategi untuk menyelamatkan persekitaran. Eko-teologi dapat difungsikan untuk menyemai harapan membaiki ekologis, menyahkan barbarisme (perbuatan yang tidak beradab) ekologi kerana agama selalu menekankan pada pembaikan akhlak manusia, dan meenguatkan perjuangan ekologis.

Kalau menjadi agamawan itu tidak ada ilmu sosiologi, tidak ada ilmu politik, penakut dan bodoh, apa perlu gelaran ustaz? apa perlu pandangan? apa perlu kuliah-kuliah yang melibatkan keterdesakkan orang miskin? Dan sebab itulah agama itu mundur. Kesusahan, bala bencana, kemiskinan bukan “ujian tuhan”, tetapi datang dari masalah sistem, masalah kemasyarakatan, masalah korupsi. Begitu mudah mereka katakan ini ujian dan suruh bersabar, menanti peluangnya di akhirat. Itu bukan jawapan, ini pembodohan.

SENI TERAPI

Bantuan rawatan tanpa ubatan, khususnya mental atau spiritual, juga sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, mambangunkan kemahiran dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan dan menguruskan jati diri.

Dengan kaedah terapi ini, membantu individu fokus atau memberi tumpuan pada kerja seninya. Proses ini dengan perlahan-lahan akan membantu individu mengawal kecelaruan dalam diri. Dalam proses ini, akan dapat melihat sikap individu itu dan membantu doktor atau perawat menilai kecenderungan setiap individu.

SENI DEKORASI

Secara ringkasnya, masyarakat memahami seni dekorasi adalah sebuah seni yang mengikut citarasa dan kesesuaian suatu sudut, ruang atau seumpamanya untuk menghasilkan susunan, corak dan konsep yang mereka bayangkan. Arkitektur adalah bagaimana mahu mendirikan sebuah bangunan dengan pattern dan coraknya dan dekorasi adalah bagaimana mahu menghiasi ruangan bangunan yang ada. 

SENI BATIK

Seperti yang kita faham, orang luar tidak mahu tengok apa kemajuan bandar dari segi pembangunan, mereka mahu melihat apa yang dihasilkan oleh orang-orang tempatan dan ini lebih bernilai daripada tingginya bangunan dan padatnya lapangan. Perkara seperti itu di tempat mereka juga ada dan tak membawa makna sentimen budaya selain kemajuan elitis.

Tetapi hasil-hasil kerja seni budaya dan bangsa seperti seni batik adalah menjadi keutamaan tujuan mereka keluar mengembara dan melihat dunia luar.

Seni Terapi

Oleh: Fadzlee Ahmad Terapi Seni “Art Therapy” adalah suatu displin kaedah“rehabilitasi & pemulihan” yang dibangunkan oleh kumpulan kolektif konstruktif, terdiri daripada pakar seni (kurator), pengiat… Read More »Seni Terapi

Menjejak Sejarah Kulai

Kota Kaca terletak di bahagian Utara Kulai, berdekatan dengan Layang-layang. Untuk sampai ke Kota Kaca, ikut jalan yang menuju ke Kota Tinggi dari arah Kulai, Kemudian belok kiri masuk ke Taman Anjaria. Selepas melalui kilang kelapa sawit, masuk ke dalam ladang kelapa sawit, iaitu kawasan lingkungan Kota Kaca. Mengikut Encik Tang Kok Sang, Kota Kaca mencakupi Keluasan 2000 ekar. Pada tahun 1960-an, jabatan pembangunan memajukan kawasan di sekitar Kota Kaca serta meneroka satu kawasan penempatan yang dinamakan Taman Bahagia.